Doa Maulid Nabi Muhammad s.a.w.

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya serta sahabatnya semua. Semoga Allah menjadikan kami dan kamu semua daripada golongan yang berhak mendapat syafa’atnya dan senantiasa mengharap daripada Allah, rahmat dan kasihNya. Ya Allah, dengan berkat penghormatan kami kepada Nabi s.a.w. yang mulia ini dan keluarganya serta para sahabatnya yang telah menempuh jalan yang lurus, jadikanlah kami sebaik-baik umatnya dan tutuplah keburukan kami dengan berkat penghormatan kami kepadanya. Himpunkanlah kami ke dalam golongannya besok, pada hati kiamat nanti . Gunakanlah lidah kami untuk memujinya dan membantu agamanya. Hidupkanlah kami dalam keadaan berpegang teguh dengan sunnahnya dan taat kepada segala perintahnya.Dan matikanlah kami dalam keadaan mencintainya dan mencintai para sahabatnya. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengannya, kerana sesungguhnya Bagindalah orang yang pertama sekali memasukinya. Tempatkanlah kami di dalam mahligai-mahligai syurga bersama dengannya, kerana sesungguhnya Bagindalah orang pertama yang akan menempatinya. Dan kasihanilah kami jua pada ketika Baginda s.a.w. akan memberikan syafaatnya kepada sekelian makhluk, maka Engkau pun mengasihaninya mereka. Ya Allah, berikanlah kami rezeki dengan dapat menziarahinya pada setiap tahun. Dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang lupa untuk mengingatiMu dan mengingati Baginda s.a.w. walau hanya sekelip mata. Ya Allah, janganlah Engkau jadikan dalam majlis kami ini seorang juapun melainkan telah Engkau basuh dosa-dosanya dengan air taubat dan telah Engkau tutupi segala keburukannya dengan selendang keampunan Mu. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun yang lalu, masih ada bersama kami beberapa orang saudara (Semoga Allah merahmati mereka) yang kali ini mereka telah terhalang daripada menghadiri majlis penuh berkat seperti ini, lantaran ajal yang sudah tersurat. Maka janganlah Engkau halangi mereka daripada menerima pahala dan kelebihan yang ada pada waktu ini. Ya Allah, kasihanilah kami apabila kami menjadi penghuni kubur nanti, dan berikanlah kekuatan kepada kami untuk melakukan amal kebajikan yang cahaya dan pahalanya berkekalan sepanjang masa. (seperti mewakafkan harta dan mengajarkan ilmu yang bermanafaat). Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang senantiasa mengenang kurniaMu, mensyukuri nikmatMu dan memperingati hari perjumpaan denganMu. Hidupkanlah kami dalam keadaan sibuk dengan ketaatan kepadaMu. Apabila Engkau matikan kami kelak, maka ambillah nyawa kami tanpa sebarang godaan dan maksiat. Dan akhirilah umur kami semua dengan kebaikan dari sisiMu. Ya Allah, peliharalah kami daripada kejahatan orang-orang yang zalim (3 x). Dan jadikanlah kami orang-orang yang selamat daripada godaan ini. Ya Allah, jadikanlah Rasulullah s.a.w. yang mulia ini orang yang memberikan syafaatnya kepada kami. Dan berikanlah kepada kami kedudukan yang tinggi, dengan sebab syafaatnya pada hari kiamat kelak. Ya Allah, berilah minum kepada kami dari telaga NabiMu Muhammad s.a.w. dengan minuman yang sedap dan lancar, yang kami tidak akan dahaga lagi sesudahnya, untuk selama-lamanya. Dan himpunkanlah kami di bawah benderanya besok, pada hari kiamat kelak. Ya Allah, dengan berkat kemuliaan Baginda s.a.w. ini, ampunilah kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, guru-guru mursyid kami, guru-guru yang mengajar kami, orang-orang yang mempunyai hak yang wajib kami tunaikan, orang yang menjalankan kebaikan majlis Maulid ini pada waktu ini dan seluruh orang yang beriman, lelaki dan perempuan, juga orang-orang Islam, lelaki dan perempuan, yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang sangat dekat rahmat dan bantuanNya, yang memperkenankan segala doa, yang menunaikan seluruh hajat dan yang mengampunkan segala doa, yang menunaikan seluruh hajat dan yang mengampunkan segala dosa dan kesalahan. Wahai Zat Yang Maha Penyayang dari sekelian Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh keluarga serta para sahabatnya. Maha suci Tuhanmu yang mempunyai kemegahan dari apa yang mereka sifatkan.Salam sejahtera atas para Rasul dan segala puji hanyalah bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Aamiin…..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s